Sunday, October 7, 2007

Polis di Lebuh Raya

Kita sedia maklum dengan perangai para pemandu Malaysia. Sudah banyak yang dilakukan oleh pihak berkuasa terutama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam menyedarkan para pemandu di negara ini tetapi semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Ada sesetengah pemandu lebih takutkan surat saman daripada menghadapi maut di jalan raya.

Hakikatnya mereka takut pada polis dan penguat kuasa JPJ dan bukan pada patung polis atau menara polis di lebuh raya. Jika amalan menara polis tanpa pegawai bertugas dilakukan seperti tahun lepas, saya percaya tidak ada pemandu akan gentar untuk memecut laju di depan menara itu akan datang. Ini kerana Polis dan JPJ sebenarnya lebih berkesan untuk mengubah sikap mereka.

No comments: